Saturday, 10 December 2011

penjodoh bilangan-RANCANGAN HARIAN


.           MARIAMMAH A/P A.RAMASAMY                                                            D20102043514
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN\
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu (Komponen bukan Sastera)
Tahun                          :  2 Tamarai
Bilangan Pelajar          : 23 orang
Tarikh                         : 17.11. 2011
Masa                           : 8.00 – 8.40 pagi (80 minit)
Tajuk                           : Buluh Pelbagai Guna
Fokus Utama              :           4.1 Aras 1(i)
                                                Mendengar pendapat dengan teliti untuk memahami tajuk perbualan.
Fokus Sampingan       :           5.1 Aras 1 (iii)
                                                Memahami perkataan, frasa dan ayat.
Hasil Pembelajaran     : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
                                    i)   mengenali jenis penjodoh bilangan
                                    ii)  mengetahui ciri-ciri dan aspek penggunaan penjodoh bilangan
iii) menyenaraikan penjodoh bilangan
iv) menghubungkan penjodoh bilangan dengan tepat
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
                                    i)  set induksi
                                    ii)  aktiviti   : bercerita - penggunaan alat bantu - penggunaan papan
         hitam – LCD -pengukuhan
                                    iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Nilai                 :           Menghargai
                                    Berhemah
Ilmu                 :           Kajian Tempatan
                                    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
KBKK                        :           menjana idea
                                    Menilai
Pengetahuan sedia ada                       :          murid-murid sudah diajar tentang Penjodoh bilangan        
Set Induksi
Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
 (5 minit)
-          Guru menanya tentang benda maujud terhadap  murid-murid dan membincangkan mengenai penggunaan penjodoh bilangan.
-          Guru menyediakan beberapa set soalan untuk diajukan kepada murid-murid
-          Guru menjalankan sesi soal jawab bersama murid-murid dan meminta murid menjawab dengan menggunakan penjodoh bilangan.
Nilai :
-bekerjasama

Gambar:
Penyapu
Ikan
Segelas susu
Sepiring nasi

Pelaksanaan P&P :
Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti 1

(10 minit)
-          Guru dan murid-murid membincangkan mengenai  gambar-gambar yang dipaparkan diskrin LCD.
-          Guru meminta penjodoh bilangan yang sesuai untuk gambar yang ditunjukkan.
-          Guru menjalankan sesi soal jawab bersama murid-murid
Nilai :
-berhemah

Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti 2

(10 minit)
-          Guru dan murid-murid membincangkan mengenai  gambar-gambar yang dipaparkan diskrin LCD.
-          Guru meminta murid-murid menghubungkan penjodoh bilangan yang sesuai untuk gambar yang ditunjukkan.
-          Guru meminta murid-murid mengisikan penjodoh bilangan yang sesuai dalam ayat.
Nilai :
-berkerjasama

Gambar:
Penyapu
Ikan
Segelas susu
Sepiring nasi

Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti 3
Pengukuhan
(10 minit)
-          Guru mengedarkan lembaran kepada para murid.
-          Guru meminta murid-murid membuat latihan secara individu.
-          Guru meminta murid-murid menyenaraikan penjodoh bilangan yang telah dipelajari..
Nilai :
-menghargai


Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti 3
Penutup
( 5 minit)
-          Guru menunjukkan benda maujud  dan menanya tentang sepiring atau beberapa piring.
-          Guru meminta murid-murid memahami makna ‘se ‘
-          Guru meminta murid-murid menyatakan penjodoh bilangan yang telah dipelajari..
Nilai :
-menghargai


Penerangan Pelaksanaan P&P:
Masa
Pelaksanaan aktiviti
Minit 1-5
-          Guru meminta murid-murid mengeluarkan alat tulis.
-          Guru memberi arahan tentang latihan pengukuhan yang akan diberikan.
-          Guru memberikan soalan-soalan yang ingin dijawab oleh murid sebagai latihan pengukuhan.
-          Soalan-soalan latihan tersebut ialah:
1)      Bincangkan tentang gambar yang ditunjukkan.
2)      Jelaskan penggunaan. Penjodoh bilangan dalam kehidupan harian.

Minit 5-15
-          Guru meminta murid- murid menjawab penjodoh bilangan.
-          Guru memberitahu murid, perbezaan ‘se’ iaitu seekor dan beberapa ekor ikan.
-          Guru meminta murid membaca penjodoh bilangan di dalam kad imbas.
-          Guru meminta murid-murid menghubungkan penjodoh bilangan dengan gambar.
Minit 15-25
-          Murid menjawab semua soalan yang diberikan guru.
-          Guru memantau perbincangan yang dilakukan oleh murid supaya murid tidak bising dan melakukan kerja lain.
-          Murid mengisikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul
Minit 25-30
-          Guru menjalankan perbincangan dalam menyemak jawapan murid.
-          Guru memastikan murid benar-benar faham akan pengajaran yang disampaikan.

Refleksi :
Seramai 15 orang murid dapat menjawab soalan dengan tepat. 8 orang murid didapati menjawab soalan dengan penjodoh bilangan yang kurang tepat.Nivasini,Turga dan Tulasitharan didapati mendapat kesalahan dalam latihan mengisi tempat kosong. Mereka di beri latihan pemulihan dengan ayat yang paling mudah. Secara keseluruhan murid-murid dapat memahami akan kepentingan menggunakan penjododh bilangan dalam kehidupan harian.

No comments:

Post a Comment