Saturday, 10 December 2011
penjodoh bilangan-RANCANGAN HARIAN
. MARIAMMAH A/P A.RAMASAMY D20102043514
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN\
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu (Komponen bukan Sastera)
Tahun : 2 Tamarai
Bilangan Pelajar : 23 orang
Tarikh : 17.11. 2011
Masa : 8.00 – 8.40 pagi (80 minit)
Tajuk : Buluh Pelbagai Guna
Fokus Utama : 4.1 Aras 1(i)
Mendengar pendapat dengan teliti untuk memahami tajuk perbualan.
Fokus Sampingan : 5.1 Aras 1 (iii)
Memahami perkataan, frasa dan ayat.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
i) mengenali jenis penjodoh bilangan
ii) mengetahui ciri-ciri dan aspek penggunaan penjodoh bilangan
iii) menyenaraikan penjodoh bilangan
iv) menghubungkan penjodoh bilangan dengan tepat
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
i) set induksi
ii) aktiviti : bercerita - penggunaan alat bantu - penggunaan papan
hitam – LCD -pengukuhan
iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran
Nilai : Menghargai
Berhemah
Ilmu : Kajian Tempatan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
KBKK : menjana idea
Menilai
Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah diajar tentang Penjodoh bilangan
Set Induksi
| Langkah / Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
| Set Induksi (5 minit) | - Guru menanya tentang benda maujud terhadap murid-murid dan membincangkan mengenai penggunaan penjodoh bilangan. - Guru menyediakan beberapa set soalan untuk diajukan kepada murid-murid - Guru menjalankan sesi soal jawab bersama murid-murid dan meminta murid menjawab dengan menggunakan penjodoh bilangan. | Nilai : -bekerjasama Gambar: Penyapu Ikan Segelas susu Sepiring nasi |
Pelaksanaan P&P :
| Langkah / Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
| Aktiviti 1 (10 minit) | - Guru dan murid-murid membincangkan mengenai gambar-gambar yang dipaparkan diskrin LCD. - Guru meminta penjodoh bilangan yang sesuai untuk gambar yang ditunjukkan. - Guru menjalankan sesi soal jawab bersama murid-murid | Nilai : -berhemah |
| Langkah / Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
| Aktiviti 2 (10 minit) | - Guru dan murid-murid membincangkan mengenai gambar-gambar yang dipaparkan diskrin LCD. - Guru meminta murid-murid menghubungkan penjodoh bilangan yang sesuai untuk gambar yang ditunjukkan. - Guru meminta murid-murid mengisikan penjodoh bilangan yang sesuai dalam ayat. | Nilai : -berkerjasama Gambar: Penyapu Ikan Segelas susu Sepiring nasi |
| Langkah / Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
| Aktiviti 3 Pengukuhan (10 minit) | - Guru mengedarkan lembaran kepada para murid. - Guru meminta murid-murid membuat latihan secara individu. - Guru meminta murid-murid menyenaraikan penjodoh bilangan yang telah dipelajari.. | Nilai : -menghargai |
| Langkah / Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
| Aktiviti 3 Penutup ( 5 minit) | - Guru menunjukkan benda maujud dan menanya tentang sepiring atau beberapa piring. - Guru meminta murid-murid memahami makna ‘se ‘ - Guru meminta murid-murid menyatakan penjodoh bilangan yang telah dipelajari.. | Nilai : -menghargai |
Penerangan Pelaksanaan P&P:
| Masa | Pelaksanaan aktiviti |
| Minit 1-5 | - Guru meminta murid-murid mengeluarkan alat tulis. - Guru memberi arahan tentang latihan pengukuhan yang akan diberikan. - Guru memberikan soalan-soalan yang ingin dijawab oleh murid sebagai latihan pengukuhan. - Soalan-soalan latihan tersebut ialah: 1) Bincangkan tentang gambar yang ditunjukkan. 2) Jelaskan penggunaan. Penjodoh bilangan dalam kehidupan harian. |
| Minit 5-15 | - Guru meminta murid- murid menjawab penjodoh bilangan. - Guru memberitahu murid, perbezaan ‘se’ iaitu seekor dan beberapa ekor ikan. - Guru meminta murid membaca penjodoh bilangan di dalam kad imbas. - Guru meminta murid-murid menghubungkan penjodoh bilangan dengan gambar. |
| Minit 15-25 | - Murid menjawab semua soalan yang diberikan guru. - Guru memantau perbincangan yang dilakukan oleh murid supaya murid tidak bising dan melakukan kerja lain. - Murid mengisikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul |
| Minit 25-30 | - Guru menjalankan perbincangan dalam menyemak jawapan murid. - Guru memastikan murid benar-benar faham akan pengajaran yang disampaikan. |
Refleksi :
Seramai 15 orang murid dapat menjawab soalan dengan tepat. 8 orang murid didapati menjawab soalan dengan penjodoh bilangan yang kurang tepat.Nivasini,Turga dan Tulasitharan didapati mendapat kesalahan dalam latihan mengisi tempat kosong. Mereka di beri latihan pemulihan dengan ayat yang paling mudah. Secara keseluruhan murid-murid dapat memahami akan kepentingan menggunakan penjododh bilangan dalam kehidupan harian.
penjodoh bilangan
Lembaran)
Penjodoh bilangan
![]() | ||
![]() | ||
Namakan penjodoh bilangan yang sesuai untuk gambar di bawah.


………………….Penyapu ……………….. ikan


………………..nasi …………….susu
Padankan penjodoh bilangan dengan gambar





Isikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul.
1.Ibu menggoreng …………………….. ikan di dapur.
2.Ali sedang meminum ……………………… susu yang sedap.
3.Saya menyapu kelas dengan ………………. penyapu yang besar.
4.Saya telah makan ………………………… nasi goring yang enak.
5.Ali berjaya memancing ………………………….. ikan kaloi yang besar.
6.Kakak suka minum …………………… setiap hari..
penjodoh bilangan
jenis penjodoh bilangan
sebatang penyapu
segelas susu
seekor ikan
sepiring nasi
ayat:
1.Ayah membeli sebatang penyapu baru di kedai.
2.Ali meminum segelas susu pada waktu pagi.
3.Ibu membeli spiring nasi goreng di kedai makanan Pak Ali.
4.Ayah membeli beberapa ekor ikan untuk dimasak.
sebatang penyapu
segelas susu
seekor ikan
sepiring nasi
ayat:
1.Ayah membeli sebatang penyapu baru di kedai.
2.Ali meminum segelas susu pada waktu pagi.
3.Ibu membeli spiring nasi goreng di kedai makanan Pak Ali.
4.Ayah membeli beberapa ekor ikan untuk dimasak.
Sunday, 4 December 2011
penjodoh bilangan
contoh ayat:
ini sebatang penyapu yang baru.
Ayah sedang membancuh segelas susu.
Saya makan sepiring nasi.
ini sebatang penyapu yang baru.
Ayah sedang membancuh segelas susu.
Saya makan sepiring nasi.
Subscribe to:
Comments (Atom)

